PERINGATAN

Kandungan blog ini tidak sesuai untuk golongan profesional atau individu yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pengurusan korporat. Kami juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan, kemusnahan dan kecelakaan disebabkan penggunaan maklumat dalam blog ini. Namun, kami telah sedaya upaya mempersembahkan yang terbaik dan termampu untuk rujukan anda. Rujukan untuk blog ini diambil dari sumber-sumber yang diiktiraf dan diyakini kesahihannya berserta pengalalaman pemilik blog sendiri. Semoga anda menggunakan maklumat blog ini dengan sebaiknya. Selamat membaca !!!

01 Februari 2009

Pendapatan Perniagaan

Assalamualaikum semua....


Dah 3 hari tak update blog, tergerak hati plak malam ni nak ngadap komputer. Sebenarnya saya sibuk sikit kebelakangan ni, biasalah consultant... nak relaks kejap, orang call terpaksa lah ringankan tangan pulas stering kereta ke pejabat customer. Kes yang terbaru saya sedang hadapi sekarang ialah kena saman SSM. Bukan saya, tapi pengarah-pengarah syarikat yang mengishtiharkan diri mereka bebas dari bankrap tapi hakikatnya tidak. Ada sebuah syarikat yang saya daftarkan dan saya ialah setiausaha syarikat terbabit. Sepatutnya diorang (pengarah) terbabit memaklumkan saya status mereka, tapi apakandaya nasi dah jadi bubur. Terpaksalah saya naik turun mahkamah, Alhamdulillah , kes dah selesai... diorang dah kena hukuman setimpal. So, kepada sesapa yang nak bukak syarikat sdn. bhd. atau berhad pastikan korang bebas dari muflis dan maklumkan selengkapnya kepada setiausaha syarikat anda sekiranya status anda sudah berubah.


Berbalik kepada topik asal kita iaitu pendapatan perniagaan yang dikenakan cukai. Seseorang atau syarikat yang memperolehi pendapatan melalui perniagaan samada pendapatan diperolehi di Malaysia atau dari luar Malaysia tetapi diremitkan ke Malaysia adalah di kenakan cukai. Bermula 1 Januari 2004 semua pendapatan diperolehi dari luar Malaysia dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan cukai pendapatan.


Sebuah perniagaan perkongsian adalah tidak tertakluk kepada cukai pendapatan hanya ahli-ahlinya (rakan kongsi) sahaja yang dikenakan cukai pendapatan melalui syer-syer dalam syarikat. Berlainan dengan syarikat sdn. bhd atau berhad adalah tertakluk kepada cukai manakala pengarah-pengarah dan pemegang saham yang memperolehi pendapatan dari syarikat juga dikenakan cukai (penggajian).


Bagi perniagaan perkongsian anda perlu mengisi Borang P (memaklumkan maklumat kewangan bagi sesuatu tempoh taksiran) manakala ahli-ahlinya perlu mengisi Borang B / BE (isytihar perolehan pendapatan dari perkongsian)


Bagi syarikat sdn. bhd / berhad perlu mengisi Borang C dan R. Syarikat terhad kepada saham adalah entiti yang terpisah dari segi undang-undang dan boleh dikenakan cukai (macam manusia tapi tak makan, minum dan bercakap malah mempunyai hak untuk menyaman dan disaman). Nak cerita pasal jenis dan ciri-ciri ni panjang nanti saya terangkan dilain blog.


Secara ringkasnya, bagi perniagaan tunggal anda perlu isi Borang B, bagi perniagaan perkongsian kena isi Borang P dan bagi syarikat terhad kepada saham Borang C. Semua borang yang dinyatakan perlu diisi untuk mengishtiharkan pendapatan yang diperolehi dari perniagaan cuma jenis entiti perniagaan jer yang berbeza.


LHDN memberi kelonggaran kepada ahli-ahli perniagaan untuk membuat bayaran secara ansuran, ye lah kadang-kadang nak bayar lump-sum penat jugak so, boleh bayar secara ansuran.


Bagi perniagaan tunggal anda perlu mengemukakan permohonan kepada LHDN terlebih dahulu. Kemudian LHDN akan mengeluarkan Borang CP500 setiap awal tahun semasa (jadual bayaran). Setiap bayaran perlu disertakan bersama CP501. Setiap bayaran perlu mengikut jadual diberi, sekiranya lewat anda dikenakan denda iaitu dinaikkan kadar cukai sebanyak 10%. Biasanya bayaran perlu dijelaskan setiap bulan MAC, JUNE, SEPT dan DIS


Bagi syarikat sdn. bhd / berhad perlu mengemukan anggaran cukai kena bayar 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas. Bagi syarikat baru, anggaran cukai perlu dikemukan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh syarikat beroperasi. Anggaran harus tiada beza yang ketara dengan anggaran tahun sebelum. Bayaran cukai perlu dijelaskan pada bulan ke 2 tahun asas menggunakan CP 207. Kelewatan membayar dikenakan denda 10% dari cukai kena bayar.

Nanti saya akan terangkan secara terperinci mengenai entiti-enti perniagaan di Malaysia (Perniagaan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Terhad).

Setakat ini dulu info saya, jumpa lagi. Wassalam...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan