PERINGATAN

Kandungan blog ini tidak sesuai untuk golongan profesional atau individu yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pengurusan korporat. Kami juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan, kemusnahan dan kecelakaan disebabkan penggunaan maklumat dalam blog ini. Namun, kami telah sedaya upaya mempersembahkan yang terbaik dan termampu untuk rujukan anda. Rujukan untuk blog ini diambil dari sumber-sumber yang diiktiraf dan diyakini kesahihannya berserta pengalalaman pemilik blog sendiri. Semoga anda menggunakan maklumat blog ini dengan sebaiknya. Selamat membaca !!!

28 Januari 2009

JENIS-JENIS PENDAPATAN DIKENAKAN CUKAI, BORANG CUKAI & TARIKH KEMBALIAN BORANG CUKAI

Assalamualaikum...& selamat bertemu kembali,

Selepas pergi 4 tempat kenduri... badan rasa tak berapa sihat, perut sakit semacam jer, ari ini pergi klinik doktor kata makanan yang dimakan tak bersih, mungkin air tak masak atau memang air paip yang diminum... Tapi sekarang dah ok dah...

Sambung ke topik kita dua hari lepas, saya janji nak bagi info pasal jenis-jenis pendapatan dikenakan cukai, borang-borang cukai dan tarikh kembalian borang.

Ok, seperti kita tahu cukai pendapatan dikenakan kepada semua individu, perniagaan atau syarikat yang memperolehi pendapatan di Malaysia atau pendapatan dari luar Malaysia yang diremitkan ke Malaysia. Tapi bermula, 1 Januari 2004 pendapatan dari luar Malaysia yang diremitkan ke Malaysia dikecualikan cukai. Perubahan ini untuk menggalakkan pelaburan syarikat-syarikat Malaysia ke luar negara (FDI).

Jenis-jenis pendapatan yang dikenakan cukai ialah :

  • Keuntungan dari perniagaan
  • Perolehan dari penggajian
  • Dividen, faedah atau diskaun
  • Sewa, royalti atau premium
  • Pencen, anuiti atau bayaran yang diperolehi secara berkala
  • Pendapatan selain dari atas

Jenis-jenis pendapatan yang tidak dinyatakan di atas ianya akan diputuskan di mahkamah samada pendapatan tersebut dikenakan cukai atau sebaliknya.

Pendapatan Penggajian

Akta Cukai Pendapatan, 1965 mendefinasikan penggajian sebagai wujudnya hubungan antara majikan dan pekerja. Pendapatan diperolehi pekerja (dipanggil gaji) yang dibayar oleh majikan dikenakan cukai. Tetapi ianya tertakluk kepada jumlah gaji tersebut. Biasanya gaji yang diterima lebih RM 2,200 dikenakan cukai tetapi bergantung kepada item-item dalam pengiraan cukai seperti, pelepasan, rebet dan sebagainya.

Bagi majikan yang mempunyai pekerja wajib mendaftar fail majikan dengan membuat permohonan di pejabat LHDN di kawasan atau cawangan terdekat. Selepas mendaftar fail majikan, LHDN akan menghantar Borang E, majikan perlu mengisi maklumat mengenai pekerja-pekerja mereka di dalam borang tersebut.

Bagi pekerja-pekerja yang mempunyai pendapatan melebihi RM 2,200 boleh membuat bayaran cukai melalui potongan PCB (Potongan Cukai Berjadual), dimana cukai dipotong setiap bulan melalui gaji yang dibayar. Majikan perlu menghantar bayaran yang dipotong tadi berserta Borang CP39 pada hari ke 10 bulan berikutnya.

Potongan PCB bukan bayaran cukai mutlak, ini merupakan bayaran cukai bagi meringankan beban pekerja pada penghujung tahun. Pembayar cukai tetap perlu mengisi Borang BE pada penghujung tahun dan membuat pengiraan cukai melalui sistem tafsir sendiri. Selepas membuat pengiraan cukai mungkin terdapat lebihan atau kurangan cukai oleh itu, pembayar cukai perlu mengishtiharkannya dalam borang BE dan membuat bayaran atau menuntut lebihan bayaran. Borang BE perlu dikembalikan sebelum 30 April tiap-tiap tahun.

Pendapatan Perniagaan

Di Malaysia entiti perniagaan boleh dikelaskan kepada:

  • Syarikat terhad kepada saham (sdn.bhd / berhad)
  • Syarikat terhad kepada jaminan
  • Syarikat terhad kepada saham & jaminan
  • Syarikat tidak terhad
  • Syarikat Asing
  • Perniagaan Tunggal
  • Perniagaan Perkongsian

Saya berhenti di sini dulu dan sambung selepas sembahyang zohor. Ok... cuba fahami yang ni betul-betul. Anda dinasihatkan menghubungi ejen cukai anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ok, wassalamu.







2 ulasan:

  1. Salam... saya nak tanya tentang pendapatan penggajian, saya merupakan ejen insuran dan memperolehi pendapatan komisyen dan bonus, adakah pendapatan saya dianggap penggajian ?
    Borang yang mana saya kena isi ?

    BalasPadam
  2. W'salam, komisyen dan bonus merupakan sebahagian daripada pendapatan penggajian.. dan anda perlu mengisi Borang BE dan perlu dikembalikan ke LHDN 30 April setiap tahun. Selain dari komisyen dan bonus pendapatan penggajian lain adalah seperti upah, gaji, cuti bergaji, yuran, hadiah, saguhati, pampasan dan pelbagai elaun yang diterima bekerja.

    BalasPadam