- Keuntungan dari perniagaan
- Perolehan dari penggajian
- Dividen, faedah atau diskaun
- Sewa, royalti atau premium
- Pencen, anuiti atau bayaran yang diperolehi secara berkala
- Pendapatan selain dari atas
Jenis-jenis pendapatan yang tidak dinyatakan di atas ianya akan diputuskan di mahkamah samada pendapatan tersebut dikenakan cukai atau sebaliknya.
Pendapatan Penggajian
Akta Cukai Pendapatan, 1965 mendefinasikan penggajian sebagai wujudnya hubungan antara majikan dan pekerja. Pendapatan diperolehi pekerja (dipanggil gaji) yang dibayar oleh majikan dikenakan cukai. Tetapi ianya tertakluk kepada jumlah gaji tersebut. Biasanya gaji yang diterima lebih RM 2,200 dikenakan cukai tetapi bergantung kepada item-item dalam pengiraan cukai seperti, pelepasan, rebet dan sebagainya.
Bagi majikan yang mempunyai pekerja wajib mendaftar fail majikan dengan membuat permohonan di pejabat LHDN di kawasan atau cawangan terdekat. Selepas mendaftar fail majikan, LHDN akan menghantar Borang E, majikan perlu mengisi maklumat mengenai pekerja-pekerja mereka di dalam borang tersebut.
Bagi pekerja-pekerja yang mempunyai pendapatan melebihi RM 2,200 boleh membuat bayaran cukai melalui potongan PCB (Potongan Cukai Berjadual), dimana cukai dipotong setiap bulan melalui gaji yang dibayar. Majikan perlu menghantar bayaran yang dipotong tadi berserta Borang CP39 pada hari ke 10 bulan berikutnya.
Potongan PCB bukan bayaran cukai mutlak, ini merupakan bayaran cukai bagi meringankan beban pekerja pada penghujung tahun. Pembayar cukai tetap perlu mengisi Borang BE pada penghujung tahun dan membuat pengiraan cukai melalui sistem tafsir sendiri. Selepas membuat pengiraan cukai mungkin terdapat lebihan atau kurangan cukai oleh itu, pembayar cukai perlu mengishtiharkannya dalam borang BE dan membuat bayaran atau menuntut lebihan bayaran. Borang BE perlu dikembalikan sebelum 30 April tiap-tiap tahun.
Pendapatan Perniagaan
Di Malaysia entiti perniagaan boleh dikelaskan kepada:
- Syarikat terhad kepada saham (sdn.bhd / berhad)
- Syarikat terhad kepada jaminan
- Syarikat terhad kepada saham & jaminan
- Syarikat tidak terhad
- Syarikat Asing
- Perniagaan Tunggal
- Perniagaan Perkongsian
Saya berhenti di sini dulu dan sambung selepas sembahyang zohor. Ok... cuba fahami yang ni betul-betul. Anda dinasihatkan menghubungi ejen cukai anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ok, wassalamu.
Salam... saya nak tanya tentang pendapatan penggajian, saya merupakan ejen insuran dan memperolehi pendapatan komisyen dan bonus, adakah pendapatan saya dianggap penggajian ?
BalasPadamBorang yang mana saya kena isi ?
W'salam, komisyen dan bonus merupakan sebahagian daripada pendapatan penggajian.. dan anda perlu mengisi Borang BE dan perlu dikembalikan ke LHDN 30 April setiap tahun. Selain dari komisyen dan bonus pendapatan penggajian lain adalah seperti upah, gaji, cuti bergaji, yuran, hadiah, saguhati, pampasan dan pelbagai elaun yang diterima bekerja.
BalasPadam